Mari Kayoh

mari kayoh ramai-ramai... dapatkan beskal anda untuk fitness dan langkah awal sebelum kenaikan bahan bakar serta obesiti...
JOIN US FOR MORE EXTREAM ACTIVITY

Search This Blog

Thursday, April 22, 2010

training..training..training..


Lokasi pertemuan untuk training kali ini.. di Bukit Katil

Bro Zam... akan beraksi di Jamboree Jasin 02 May ini...

Bro Popai takkan melepaskan peluang menguji bikers lain..

Bro Mizi menjanjikan kayohan terbaik tanpa henti...

Bro Kasturi & Bro Shah pasti menyengat.. urat dawai, tulang besi..huhu


Salam pada semua, kali ini pakcik saja memaparkan wajah-wajah orang lama yang bakal menggegarkan Jamboree Jasin nanti. Semakin lama melibatkan diri dalam aktiviti ini kami telah dapat merasai keseronokkan serta kepuasan yang diidamkan oleh bikers.
Sebelum itu pakcik nak menceriakan blog ini dengan perkembangan terkini group kami. Khabarnya tidak lama lagi kami akan menerima beberapa orang lagi ahli baru.. tahniah kepada mereka kerana telah dapat menerima sukan mtb ini. Ada juga bisik-bisik yang menyatakan 2 bijik Giant Yukon akan keluar bulan ini...ewah ewah..bergaya sakan la kome..
Semalam pakcik ada berbual dengan Bro Kasturi tentang kayohan malam kelmarin yang disertai beliau. Jemputan abang2 polis Kandang. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah kehebatan seorang bikers itu bukanlah terletak sepenuhnya pada jentera kayohan, tetapi skills tunggangan, stamina serta pengalaman yang diperolehi dari kayohan-kayohan yang lalu. Tidak semestinya basikal yang baik menjanjikan kayohan yang konsisten.
Jadi kepada semua bikers, janganlah ada rasa rendah diri semasa menunggang. Apa yang penting, terus libatkan diri dengan latihan yang dianjurkan oleh group. Dan satu lagi pakcik nak pesan kepada bikers yang terlibat untuk mengiringi larian obor DUN Merlimau sila tiba awal di lokasi. Disiplin mesti jaga haa...jumpa lagi TQ

"tak kenal orang takpe, janji kita kenal trek..."

Bersama meningkatkan prestasi diri dan group..

1 comment: