Dah lama tak update blog ni. Ramai yang tanya perkembangan baru team kami. Sebenarnya pakcik agak sibuk kebelakangan ni, jadi bahan- bahan yang sudah ada dalam simpanan pakcik akan update satu persatu. Tunggu kemunculannya di masa akan datang. Inilah bikers yang sudi meluangkan masa untuk pencarian trek baru di sekitar Bukit Katil dan Gapam. Boleh tahan trek ni, pakcik ada ikut sekali ngan bro kasturi...ada umpphh..
Starting point dah ada downhill dan diikuti dengan single trail kebun sawit dan getah. Terdapat juga laluan ditepi tasik serta anak sungai yang rata-rata mengimbau zaman kanak2 kita dulu..
Trek sejauh 20KM ini meghubungkan kami ke KG. Gapam yang turun naik bukitnya boleh dikatakan agak menguji ketahanan fizikal bikers. Keindahan flora yang masih belum diteroka menghilangkan lenguh sendi kami. Inilah yang harus kita jaga.. keseimbangan pembangunan dan pemuliharaan alam semulajadi. Mungkin suatu hari nanti pihak berwajib boleh berkongsi pendapat menyediakan trek untuk aktiviti berbasikal tanpa merosakkan ekosistem yang sedia ada. Seronok kita yopp..

No comments:
Post a Comment