Mari Kayoh

mari kayoh ramai-ramai... dapatkan beskal anda untuk fitness dan langkah awal sebelum kenaikan bahan bakar serta obesiti...
JOIN US FOR MORE EXTREAM ACTIVITY

Search This Blog

Sunday, April 11, 2010

HARI YANG PANCIT..


berehat sebentar di tepian tasik..

ini namanya teamwork..caya la...

bebaik bro.. jangan di langgar pokok tu..nyesal nanti


Kayuhan santai pagi Sabtu yang melibatkan beberapa ahli jemputan dari sekitar Melaka. Ada yang dah expert seperti Cikgu Zali kite..huh hu.. ada abang polis dan ada brader dari Pai. Pakcik pun tak sempat nak berkenalan dengan lebih lanjut cuma dapat bertegur sapa saja pagi tu. Takpe lain kali kita buat interview dengan bikers jemputan. Spesel punyer..

Keadaan agak kelam kabut pagi tu kerana nat tayar Bro Popai kita patah pulak. Namun ia bukan alasan, nasib baik pakcik ada satu tiub lebih. Siap pasang tayar kami pun bertolak ke lokasi pertemuan di rumah Bro Hanizam, Bukit Katil. Sampai jer Bro Daud tengah repair kete Myvi, pelik...dapat pen..

Hari ni memang letih amat pakcik rasa, takde angin. Rata-rata semua pancit, sarapan banyak sangat kot...ahaha. Tapi dalam letih2 tu Bro popai ngan Cikgu Zali bukan main pergi lagi, kayoh Giant la katakan. Pakcik, Bro Shah dan Bro Kasturi tetap melayan kayuhan dengan rentak sendiri. ada angin kita laju, pancit kita kayoh pelan sudah, yer tak bro.. yang penting piala ada kat depan.. huhuhu..

Ucapan terima kasih pada Bro Ayon kerana memberi bantuan bekalan air kepada Bro Pai pagi tu. Biasa la first time kayoh jauh cket mesti tak ingat bawak air. Apa pun, kayoh tetap kayoh.. bila pancit kita training lagi. Moga apa yang kita lakukan ini dapat meningkatkan stamina serta memanfaatkan beberapa kenangan dari 24jam sehari yang di kurniakan kepada kita.

Syukran, jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment