Mari Kayoh

mari kayoh ramai-ramai... dapatkan beskal anda untuk fitness dan langkah awal sebelum kenaikan bahan bakar serta obesiti...
JOIN US FOR MORE EXTREAM ACTIVITY

Search This Blog

Thursday, July 22, 2010

halo kawan..

bro, apa cer??? lamo xabk bambo...

Thursday, April 22, 2010

training..training..training..


Lokasi pertemuan untuk training kali ini.. di Bukit Katil

Bro Zam... akan beraksi di Jamboree Jasin 02 May ini...

Bro Popai takkan melepaskan peluang menguji bikers lain..

Bro Mizi menjanjikan kayohan terbaik tanpa henti...

Bro Kasturi & Bro Shah pasti menyengat.. urat dawai, tulang besi..huhu


Salam pada semua, kali ini pakcik saja memaparkan wajah-wajah orang lama yang bakal menggegarkan Jamboree Jasin nanti. Semakin lama melibatkan diri dalam aktiviti ini kami telah dapat merasai keseronokkan serta kepuasan yang diidamkan oleh bikers.
Sebelum itu pakcik nak menceriakan blog ini dengan perkembangan terkini group kami. Khabarnya tidak lama lagi kami akan menerima beberapa orang lagi ahli baru.. tahniah kepada mereka kerana telah dapat menerima sukan mtb ini. Ada juga bisik-bisik yang menyatakan 2 bijik Giant Yukon akan keluar bulan ini...ewah ewah..bergaya sakan la kome..
Semalam pakcik ada berbual dengan Bro Kasturi tentang kayohan malam kelmarin yang disertai beliau. Jemputan abang2 polis Kandang. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah kehebatan seorang bikers itu bukanlah terletak sepenuhnya pada jentera kayohan, tetapi skills tunggangan, stamina serta pengalaman yang diperolehi dari kayohan-kayohan yang lalu. Tidak semestinya basikal yang baik menjanjikan kayohan yang konsisten.
Jadi kepada semua bikers, janganlah ada rasa rendah diri semasa menunggang. Apa yang penting, terus libatkan diri dengan latihan yang dianjurkan oleh group. Dan satu lagi pakcik nak pesan kepada bikers yang terlibat untuk mengiringi larian obor DUN Merlimau sila tiba awal di lokasi. Disiplin mesti jaga haa...jumpa lagi TQ

"tak kenal orang takpe, janji kita kenal trek..."

Bersama meningkatkan prestasi diri dan group..

Wednesday, April 21, 2010

KAYOH MALAM KAT MALACCA TOWN


wah..sixsixone tiba di Bandar Hilir..

Bro Daud membelakangkan Sungai Melaka

Kontrol pak.. kontrol...

Dua sweeper kami..

Kayohan malam bersama bermula jam 12 tengah malam dan berakhir 2 pagi. Siap pekena asam pedas lagi bro..

Sunday, April 11, 2010

HARI YANG PANCIT..


berehat sebentar di tepian tasik..

ini namanya teamwork..caya la...

bebaik bro.. jangan di langgar pokok tu..nyesal nanti


Kayuhan santai pagi Sabtu yang melibatkan beberapa ahli jemputan dari sekitar Melaka. Ada yang dah expert seperti Cikgu Zali kite..huh hu.. ada abang polis dan ada brader dari Pai. Pakcik pun tak sempat nak berkenalan dengan lebih lanjut cuma dapat bertegur sapa saja pagi tu. Takpe lain kali kita buat interview dengan bikers jemputan. Spesel punyer..

Keadaan agak kelam kabut pagi tu kerana nat tayar Bro Popai kita patah pulak. Namun ia bukan alasan, nasib baik pakcik ada satu tiub lebih. Siap pasang tayar kami pun bertolak ke lokasi pertemuan di rumah Bro Hanizam, Bukit Katil. Sampai jer Bro Daud tengah repair kete Myvi, pelik...dapat pen..

Hari ni memang letih amat pakcik rasa, takde angin. Rata-rata semua pancit, sarapan banyak sangat kot...ahaha. Tapi dalam letih2 tu Bro popai ngan Cikgu Zali bukan main pergi lagi, kayoh Giant la katakan. Pakcik, Bro Shah dan Bro Kasturi tetap melayan kayuhan dengan rentak sendiri. ada angin kita laju, pancit kita kayoh pelan sudah, yer tak bro.. yang penting piala ada kat depan.. huhuhu..

Ucapan terima kasih pada Bro Ayon kerana memberi bantuan bekalan air kepada Bro Pai pagi tu. Biasa la first time kayoh jauh cket mesti tak ingat bawak air. Apa pun, kayoh tetap kayoh.. bila pancit kita training lagi. Moga apa yang kita lakukan ini dapat meningkatkan stamina serta memanfaatkan beberapa kenangan dari 24jam sehari yang di kurniakan kepada kita.

Syukran, jumpa lagi..

Saturday, April 10, 2010

HAH!!! TREK NAGA??

Pencari TREK NAGA 20KM

Dah lama tak update blog ni. Ramai yang tanya perkembangan baru team kami. Sebenarnya pakcik agak sibuk kebelakangan ni, jadi bahan- bahan yang sudah ada dalam simpanan pakcik akan update satu persatu. Tunggu kemunculannya di masa akan datang. Inilah bikers yang sudi meluangkan masa untuk pencarian trek baru di sekitar Bukit Katil dan Gapam. Boleh tahan trek ni, pakcik ada ikut sekali ngan bro kasturi...ada umpphh..
Starting point dah ada downhill dan diikuti dengan single trail kebun sawit dan getah. Terdapat juga laluan ditepi tasik serta anak sungai yang rata-rata mengimbau zaman kanak2 kita dulu..
Trek sejauh 20KM ini meghubungkan kami ke KG. Gapam yang turun naik bukitnya boleh dikatakan agak menguji ketahanan fizikal bikers. Keindahan flora yang masih belum diteroka menghilangkan lenguh sendi kami. Inilah yang harus kita jaga.. keseimbangan pembangunan dan pemuliharaan alam semulajadi. Mungkin suatu hari nanti pihak berwajib boleh berkongsi pendapat menyediakan trek untuk aktiviti berbasikal tanpa merosakkan ekosistem yang sedia ada. Seronok kita yopp..

Monday, March 15, 2010

ADA BRANN??




antara bukit yang perlu didaki



ini yang paling syok..focus



pandangan dari atas puncak bukit beruang



pak meran menawan puncak



bro daud juga mengakhiri cabaran menawan puncak



bro popai seperti biasa 10km ahead menawan puncak dengan penuh gaya..








KEPUASAN MENAWAN PUNCAK BUKIT BERUANG


Kepada semua biker Meriant, Revo Tech, Restu Ibu, Hang Tuah Bikers, Senapang Patah, Tajol Muluk Bikers dan apa-apa juga nama bikers yang terawangan diminda.... siapkan diri anda dengan latihan pendakian di Bukit Beruang. Terdapat 4 bukit curam bertar yang perlu dihadapi dan di dalam gambar adalah yang terpanjang serta paling menduga...Tiga biker kita telah berjaya menawan puncak Bukit Beruang yang amat menjerihkan. Mari kita bersama menguatkan fizikal dan mental di sini... Jangan menyesal andai menolak lagi di Bukit Langsat nanti.. hahaha...
pasti syok...jumpa di sana...






STADIUM HANG JEBAT




Kasturi & Merida baru....ringan giler...



dari ensem meran, zam, kasturi, ayon, shah & kas Jr.





mizi menyarung jersey subaru....smart n dasat...

Gambar ni masa kitorang baru2 pegang beskal. Sedang belajar tukar gear. Asyik kene titik je ngan brader kasturi...berpengalaman.. Time ni semua sedut ilmu dia.. semua beskal baru, habuk pun takde. Skang tengok ler.. lumpur kering pun ada.





ShoutMix chat widget